Gigitan Cinta di leher Yuna Menjadi Bualan Netizen

Kuala Lumpur: Yuna menjadi perhatian netizen apabila gambar beliau tersebar dan menjadi viral berikutan gambar tersebut terdapat kesan gigitan cinta pada lehernya. Tetapi dijelaskan oleh Yuna bahawa itu adalah gigitan arachnid  labah-labah.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 30, berkata, kesan merah itu terjadi akibat alahan pada kulit selepas digigit serangga berkenaan ketika dia menjayakan konsert jelajahnya di Alabama, Amerika Syarikat kira-kira lima minggu lalu.




 "Ini bukan gigitan cinta tetapi kesan daripada gigitan labah-labah ketika konsert jelajah di Alabama, Amerika Syarikat pada lima minggu lalu.

"Ia bukan sahaja di leher tetapi juga di wajah dan tangan saya yang turut digigit ketika sedang tidur," ujarnya kepada mStar Online.

Yuna ditemui pada majlis sambutan ulang tahun pertama Younder di Hotel St Regis, di sini, malam Selasa.

Dia diminta mengulas tentang sekeping fotonya yang dimuat naik oleh penganjur konsert Rockway yang berlangsung pada Sabtu lalu dipersoalkan netizen.

Sementara itu, tambah Yuna, akibat kesan gigitan labah-labah itu menyebabkan dia mengalami bengkak dan gatal-gatal selama seminggu selepas mendapatkan rawatan.

Namun respond Yuna yang bersahaja membuatkan isu kontroversi itu berlalu begitu sahaja.

Gigitan Cinta di leher Yuna Menjadi Bualan Netizen Gigitan Cinta di leher Yuna Menjadi Bualan Netizen Reviewed by Just Khai on 10:58 PM Rating: 5

No comments