Randy Pangalila Terpaksa Melantik Pengurus di Malaysia


Pelakon Indonesia yang semakin naik namanya di Malaysia mendapat banyak tawaran dari pelbagai produksi di Malaysia. Beliau memaklumkan Mstar Online, beliau telah melantik seorang pengurus di Malaysia selepas tidak boleh menguruskan pelbagai tawaran yang datang bertalu-talu.

Beliau memaklumkan Elfira Loy banyak membantu beliau sebelum ini sekiranya terdapat tawaran atau ujibakat di Malaysia.





"Selain tawaran berlakon saya ingin mengembangkan karier saya dengan lebih meluas dan pengurus sentiasa mencari peluang-peluang baharu untuk saya," katanya kepada mStar Online.


Randy ditemui pada majlis tayangan perdana telefilem Oh My English! : Road to Jojga yang diadakan di Pavilion di sini, Rabu.

Selain Randy Pangalila drama dua bahagian itu turut menampilkan Elfira Loy, Jihan Muse, Johan Raja Lawak, Mark Adam, Roax Tan, Mohd. Zhafir Muzani dan Juzztin.

Ia bakal disiarkan pada 3 Disember (bahagian 1) dan 11 Disember (bahagian 2) pada pukul 9 malam di saluran Astro TVIQ, Astro MAYA dan Astro Prima.
Randy Pangalila Terpaksa Melantik Pengurus di Malaysia Randy Pangalila Terpaksa Melantik Pengurus di Malaysia Reviewed by Just Khai on 10:51 PM Rating: 5

No comments