Sharnaaz Ahmad Kecam Lambakan Drama Bersiri yang diangkat dari Novel sebagai SAMPAH

Pelakon yang semakin meningkat naik dan matang tampil memberikan pandangan yang jujur dan berterus terang tentang perkembangan industri seni yang kini sedang melambakkan pelbagai drama siri yang diangkat dari novel tempatan.







 Komen PEDAS!!

“Banyak filem yang rubbish,” kata Sharnaaz menyuarakan isi hatinya kepada media baru-baru ini namun mengecualikan pengarah seperti Datin Paduka Shuhaimi Baba, Bade Haji Azmi dan serta beberapa nama lain.


“Negara kita banyak penulis skrip drama yang baik. Kalau asyik angkat novel sahaja, bagaimana nasib mereka? Bukan tak boleh novel dijadikan drama bersiri, sebaliknya biarlah balance. Saya pun tidak menolak selama-lamanya berlakon drama daripada novel,”

Menurut kata Sharnaaz, apa yang dikatakannya bukan bermaksud dia tidak mahu langsung terlibat dengan bidang lakonan, tetapi akan lebih teliti dalam memilih laluan karya seni beliau.

Pelakon yang bercita-cita untuk berlakon dalam produksi Hollywood turut prihatin dengan penulis skrip tempatan yang terpaksa bersaing dengan penulis novel.
Sharnaaz Ahmad Kecam Lambakan Drama Bersiri yang diangkat dari Novel sebagai SAMPAH Sharnaaz Ahmad Kecam Lambakan Drama Bersiri yang diangkat dari Novel sebagai SAMPAH Reviewed by Just Khai on 4:42 PM Rating: 5

No comments